Search This Blog

Sunday, April 8, 2012

Enhalus acoroides

Enhalus acoroides (EA) merupakan salah satu daripada spesies rumput laut yang dikatakan mempunyai saiz daun paling panjang. Taburannya merangkumi kawasan-kawasan tropika Indo-Pacific.

Di Malaysia species Enhalus ini boleh dijumpai di kawasan muara sungai berbakau (contoh di muara Sungai Pulai, Johor), pulau (Pulau Manukan, Sabah, ), teluk (Teluk Buih, Mersing) dan paling banyak adalah di 'Tanjung Kupang-Merambong seagrass bed'. Tempat lain contohnya Indonesia, EA boleh ditemui di Pantai Kuta, Bali. Jepun juga memiliki taburan EA yang banyak di kawasan perairan mereka.

Gambar 1: Taburan EA di muara Sungai Pulai.Tompokan gelap itu adalah EA yang tumbuh secara berkumpulan..Berdasarkan gambar di atas, sebelah kanan adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas dan kiri adalah kawasan bakau (ketika ini masih terdapat pokok bakau bersebelahan Tanjung Bin Power Plant)..


Gambar 2: Secara 'landscape view' ia adalah seperti di atas. Sila bayang dan cantumkan Gambar 2 dan 3 di mana pada sebelah kiri gambar 2 terletaknya sebuah 'power plant'.


Gambar 3: Tanjung Bin Power Plant..


Kembali kepada cerita EA, saya paparkan gambar EA di muara Sungai Pulai ini secara lebih dekat.


Gambar 4: EA di muara Sungai Pulai..daun nya sudah bertukar dari warna hijau menjadi coklat (hampir mirip air laut di kawasan ini)tidak sehijau daun EA di Pulau Manukan, Sabah.


Gambar 5: Setompok EA ditemui di Pulau Manukan, Sabah..(kawasan yang bebas dari pencemaran)



*Nota kaki: Gambar untuk kawasan lain seperti yang nyatakan di perenggan pertama akan ditunjukkan di lain masa..


Taxonomy:
Kingdom: Plantae
Phylum: Tracheophyta
Class: Liliopsida
Order: Hydrocharitales
Family: Hydrocharitaceae
Species: Enhalus acoroides
Common name: Tape seagrass


Info tambahan: Sekumpulan penyelidik daripada UiTM melaporkan bahawa EA mempunyai sifat anti-kanser yang mampu membunuh 50% HeLa cells dan membantutkan pertumbuhan bakteria yang diuji.



Rujukan:

http://www.wildsingapore.com/wildfacts/plants/seagrass/enhalus.htm
http://www.iucnredlist.org/apps/redlist/details/173331/0
http://ijuuitm.blogspot.com/






No comments:

Post a Comment